Larry Sng masih Presiden, PBM bincang status Zuraida - Utusan Malaysia

Larry Sng masih Presiden, PBM bincang status Zuraida

ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Status keahlian Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan dibincang dalam masa terdekat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden PBM, Haniza Mohamed Talha berkata, Zuraida setakat ini akan menjadi ahli biasa sehingga perkara itu dibincang dalam mesyuarat biro politik PBM.

“Zuraida adalah ahli baru dan kedudukan beliau kita akan bincangkan dalam mesyuarat biro politik PBM. Kita tunggu Setiausaha Agung untuk panggil bermesyuarat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas adakah penyertaan Zuraida ke PBM akan mengambil alih tempat Larry Sng yang bertindak sebagai Presiden PBM hari ini.

Mengulas lanjut, Haniza turut berkata, Zuraida mempunyai karisma tersendiri yang mampu membawa perubahan besar kepada PBM dalam mencorakkan industri politik hari ini.

“Setakat ini kita ada 100,000 keahlian, beliau adalah seorang pemimpin wanita yang memilih PBM sebagai parti politik, ia satu kejutan yang positif.

“Kalau nak dikatakan sama ada PBM mampu bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), itu bukan ukurannya.

“Kalau kita lihat sekarang, yang lama tidak semestinya popular sebab pada pilihan raya umum sebelum ini, yang puluhan tahun berada dalam dunia politik tidak menjadi pilihan. Jadi sekarang ini adil, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Zuraida Kamaruddin ketika mengumumkan keluar Bersatu berkata, beliau memutuskan untuk menyertai PBM kerana tertarik dengan enam prinsip terasnya iaitu keterlibatan pelbagai kaum, pemberdayaan wanita, pemerkasaan anak muda, pembangunan ekonomi, peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Beliau yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia turut menjelaskan yang beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri. Datuk Seri Ismail Sabri bagi membincangkan kedudukannya sebagai

Sementara itu, Presien Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangkakan menamakan calon yang sesuai bagi menggantikan ahli Parlimen Ampang itu di Kabinet

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang berkata, tindakan Zuraida tersebut memang sudah dijangka.

Katanya, ini kerana Bersatu sebelum ini sememangnya telah membincangkan kedudukan Zuraida, setelah meneliti tindak tanduk beliau yang terkini dengan surat tunjuk sebab juga telah dikeluarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×