Kategori minyak masak harga ‘meroket’ tidak tertakluk AKHAP

Kategori minyak masak harga ‘meroket’ tidak tertakluk AKHAP

minyak masak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Harga ‘meroket’ bagi jenama minyak masak tertentu dikenal pasti bukan produk yang tertakluk terus dalam kategori Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Minyak masak berlaku peningkatan harga dalam kes ini jenama Knife dan Red Eagle yang tidak berada dalam kategori kawalan perundangan akta,” jelasnya menerusi ciapan Twitter sebagai merujuk laporan sebuah portal berita tempatan kelmarin. .

Kenyataan tersebut sebagai mengulas laporan oleh portal itu yang memetik sumber daripada Presiden Persekutuan Persatuan Saudagar Barangan Kering Malaysia, Hong Chee Meng.

Bagaimanapun, laporan itu mengesahkan jenama lain yang diperbuat 100 peratus daripada minyak sawit kekal harga rendah ekoran subsidi dari kerajaan.

Kementerian berkenaan menetapkan harga runcit maksimum baharu minyak sawit tulen dalam botol berkuat kuasa 1 Ogos 2021 ialah RM29.70 bagi botol 5 kilogram (kg), manakala tiga kg pula ialah RM18.70, dua kg (RM12.70) dan satu kg (RM6.70).

Pada masa sama, beliau memberi jaminan bahawa senario itu tidak pula bermakna peniaga borong dan runcit boleh sesuka hati ‘bermain’ harga minyak masak campuran di pasaran.

“Kementerian mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan siasatan mengikut AKHAP 2011 berdasarkan asas kes tersebut iaitu mencatut,” jelas Alexander lagi. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN