JPJ tidak gentar ancaman tonto - Wee Ka Siong.  - Utusan Malaysia

 JPJ tidak gentar ancaman tonto – Wee Ka Siong. 

Wee Ka Siong bercakap dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Raya dan Apresiasi 76 Tahun JPJ di Putrajaya di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak gentar dengan ancaman tonto, malah, akan sentiasa melindungi pegawai dan anggotanya yang bertugas demi keselamatan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, JPJ tidak berseorangan kerana mereka turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan peraturan dan undang-undang jalan raya. 

Beliau berkata, jika wujud elemen jenayah terutama ugutan, maka, JPJ akan mendapatkan bantuan daripada pihak polis bagi membanteras kegiatan itu. 

“Aktiviti ‘gangsterism’ tidak sepatutnya berlaku pada zaman moden ini kerana kita semua dilindungi dan dikawal oleh undang-undang. 

“Ingatlah bahawa saya sentiasa berdiri teguh di belakang JPJ dalam apa jua tekanan yang mereka hadapi termasuk ugutan daripada tonto,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri JPJ, hari ini. 

Katanya, anggota dan pegawai JPJ tidak boleh diberi tekanan dan diugut kerana perkara itu menyalahi undang-undang. 

Ka Siong berkata, beliau juga akan memastikan kegiatan itu segera dibendung dan mahu JPJ segera salurkan maklumat kepada polis untuk tindakan selanjutnya. 

Jumaat lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan mendedahkan, lima laporan polis diterima membabitkan gangguan tonto terhadap penguatkuasa JPJ bagi tempoh antara Januari 2021 hingga bulan ini. 

Sehingga kini, dua kertas siasatan berjaya dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.