Covid-19: Hanya Selangor, KL catat kes 3 angka - Utusan Malaysia

Covid-19: Hanya Selangor, KL catat kes 3 angka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan sedikit kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,323 kes berbanding kelmarin, 1,152 kes dan diatasi 1,935 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 611 kes diikuti Kuala Lumpur (218), Pulau Pinang (94), Perak (82) dan Johor (51). 

Diikuti Kedah (50), Negeri Sembilan (48), Sabah (41),  Melaka (41), Putrajaya (35), Sarawak (14), Pahang (13), Kelantan (13), Terengganu (11), Perlis (3) dan Labuan, sifar kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 432 orang berbanding kelmarin, seramai 425 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 32 orang berbanding jumlah kelmarin, 34 orang.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 15 kes bersamaan jumlah kelmarin, 17 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak dua kluster yang masih aktif berbanding kelmarin, dua kluster sekali gus menjadikan 7,012 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, empat kes dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,669 kes. 

Selain itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,555 kes. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN