Ban Mada pecah, 75,000 akaun pengguna SADA berdepan gangguan bekalan air - Utusan Malaysia

Ban Mada pecah, 75,000 akaun pengguna SADA berdepan gangguan bekalan air

KEADAAN ban Mada dan terusan tengah yang pecah di Pokok Sena, Alor Setar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Lebih 75,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di daerah Pokok Sena dan Kota Setar berdepan masalah gangguan air berikutan kejadian ban Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan terusan tengah pecah di Pokok Sena dekat sini petang tadi.

Infografik yang dikeluarkan SADA dalam laman Facebooknya memaklumkan, terdapat dua Loji Rawatan Air (LRA) terpaksa dihenti tugas bagi memberi laluan kepada kerja-kerja kecemasan berhubung kejadian tersebut iaitu LRA Pokok Sena dan LRA Bukit Pinang.

Menurutnya, berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Bukit Pinang, sebanyak 60,000 akaun dianggarkan terjejas di daerah Kota Setar sejak pukul 4.15 petang.

Selain itu, katanya, kesan daripada henti tugas LRA Pokok Sena pula telah menyebabkan sebanyak 15,000 akaun terjejas di keseluruhan kawasan Pokok Sena sejak pukul 4.45 petang.

Di Alor Setar, antara kawasan yang terjejas termasuklah seluruh Pekan Langgar, Sepanjang Jalan Langgar ke Bandar Alor Setar, Pekan Kepala Batas, sepanjang jalan Gunung, sepanjang Jalan Sungai Baru serta sepanjang jalan Pantai Johor ke Simpang Empat.

Tidak terkecuali Istana Negeri Kedah, Kediaman Menteri Besar, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Penjara Alor Setar, Hospital Lama Alor Setar, Kompleks Bangunan Kerajaan Anak Bukit serta Wisma Darul Aman yang merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri.

Selain itu kawasan lain yang terjejas termasuk sepanjang Jalan Kubang Rotan, Kampung Kota Nelayan di Kuala Kedah, Alor Janggus, seluruh kawasan Mergong, Shahab Perdana serta sepanjang Lebuh Raya Sultanah Bahiyah ke Ampang Jajar dan kawasan sekitar.

Sementara itu Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman memberitahu, beliau kini sedang menerima taklimat daripada pihak berkaitan mengenai kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan mengenai punca kejadian tersebut tidak lama lagi. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya