Trafik sesak arah Timur - Utusan Malaysia

Trafik sesak arah Timur

Tinjauan di Lebuhraya Karak menghala ke Pantai Timur, semalam. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran trafik lebuh raya daripada Kuala Lumpur menuju Pantai Timur dilaporkan sesak susulan peningkatan kenderaan menjelang musim perayaan kali ini. 

Menurut Facbook rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia, keadaan aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) mencatatkan kesesakan, setakat pukul 8.30 pagi tadi. 

“Trafik sesak arah Timur dari lebuhraya Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke)  (Bandar Dalam) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) (Taman Melawati) ke Plaza Tol Gombak terus ke Lentang,” katanya. 

Terdahulu, semua lebuh raya di sekitar ibu kota dilaporkan mengalami kesesakan dan peningkatan kenderaan sejak malam tadi. 

Ia susulan pengumuman kerajaan yang memberikan tol percuma kepada Keluarga Malaysia yang akan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN