Syarikat lebuh raya komited teroka teknologi baharu - Utusan Malaysia

Syarikat lebuh raya komited teroka teknologi baharu

Zakaria Ahmad Zabidi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) memberi jaminan untuk terus meneroka pendekatan dan teknologi baharu dalam memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Presidennya, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, perkara itu penting kepada pengguna lebuh raya terutamanya dari aspek keselamatan dan pengalaman perjalanan mereka.

Sehubungan itu, menurut beliau, PSKLM sebagai persatuan yang mewakili semua syarikat konsesi lebuh raya komited melaksanakan tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan lebuh raya yang terbaik kepada pengguna setiap masa.

“Walaupun industri lebuh raya telah wujud lama, masih ada ruang untuk industri ini memperbaiki dan menambah baik perkhidmatan sedia ada.

“Oleh itu, kolaborasi bersama pihak media termasuklah pemantauan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya adalah formula yang terbaik dalam merealisasikan matlamat ini,” katanya dalam majlis penyampaian hadiah kejohanan Golf Bersama Media anjuran PSKLM yang disertai 24 pemain terdiri daripada wakil-wakil media, konsesi lebuh raya dan KKR di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS), Shah Alam, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, PSKLM sedar, kehendak dan keperluan pengguna lebuh raya masa kini adalah jauh berbeza sejak lebuh raya dibuka di negara ini lebih 30 tahun lalu.

Justeru, katanya, pihaknya akan terus meneroka dan menambah baik mutu serta kualiti perkhidmatan lebuh raya demi kesejahteraan pengguna lebuh raya PSKLM.

“Kami sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama dalam meningkatkan tahap perkhidmatan lebuh raya pada masa masa yang akan datang. Insya-Allah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya