Suami isteri dalang palsu dokumen diberkas

Suami isteri dalang palsu dokumen diberkas

DOKUMEN dan barangan yang dirampas polis dalam satu serbuan dekat sebuah rumah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kegiatan haram sepasang suami isteri yang disyaki aktif mendalangi sindiket pemalsuan dokumen di Selangor tumpas selepas mereka diberkas polis kelmarin.

Pasangan warga tempatan berusia 58 tahun itu dipercayai terlibat memalsukan dokumen pengenalan diri, geran kenderaan, lesen memandu dan cukai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Azman Ali berkata, pihaknya melakukan pemantauan ke atas dua suspek itu di sebuah restoran di Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya, kira-kira pukul 9 malam.

“Hasil penahanan pasangan itu membawa kepada rampasan dokumen palsu iaitu dua kad pengenalan dan masing-masing satu kad pemastautin tetap dan sijil kelahiran warga Malaysia.

“Selain itu, tiga telefon bimbit, kunci, sampul dan empat keping kad ATM dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, hasil siasatan, polis turut menyerbu sebuah rumah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur dan menemui pelbagai dokumen dipercayai palsu serta alat untuk percetakan.

Jelas Azman, semakan mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan (Pemalsuan).

“Antara yang dirampas iaitu lapan sijil kelahiran, 19 geran kenderaan (VOC) bercetak, empat cukai jalan kenderaan bercetak dan 59 cukai jalan kosong

“Kedua-dua suspek kini direman sehingga 25 April depan bagi membantu siasatan Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan denda,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai tidak membeli sebarang dokumen palsu yang dianggap kesalahan memiliki dan menggunakannya untuk memperdaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN