KPDNHEP tingkat penguatkuasaan menjelang Aidilfitri - Utusan Malaysia

KPDNHEP tingkat penguatkuasaan menjelang Aidilfitri

AZMAN Mohd. Yusof (dua dari kanan) mengedarkan bubur lambuk kepada pengunjung sempena Program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuniti Bersempena Bulan Ramadan di Nilai, Seremban hari ini.- UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menggerakkan seramai 2,200 orang anggota penguat kuasanya bagi meningkatkan pemantauan harga menjelang Aidilfitri minggu depan. 

Ketua Setiausahanya, Azman Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah mengarahkan kesemua penguat kuasa di seluruh negara bagi memantau pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga terutama melibatkan barangan kawalan.

“Pada masa yang sama, mereka (penguat kuasa) juga berperanan menasihatkan peniaga supaya meniaga mengikut harga siling yang ditetapkan. 

“Bagi pengguna, sekiranya didapati dianiaya boleh membuat aduan harga yang tinggi melalui email, portal dan talian telefon bagi memberi maklumat kepada pihak KPDNHEP dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas Program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuniti Bersempena Bulan Ramadan di Nilai di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Azman. 

Menurut Azman lagi, selain menerusi penguakuat kuasa KPDNHEP, pihaknya turut bekerjasama bersama agensi lain dan pengguna yang menjadi ‘mata-mata’ untuk menyalurkan maklumat berhubung pemantauan harga. 

Sementara itu, katanya, program pengedaran bubur lambuk itu dilaksanakan secara berperingkat bersama pihak pusat beli-belah AEON bermula dari 16 April yang lalu. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN