Isu MySejahtera: Khairy akan beri penjelasan kepada PAC - Utusan Malaysia

Isu MySejahtera: Khairy akan beri penjelasan kepada PAC

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan memberikan penjelasan berhubung isu MySejahtera dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Utusan Malaysia difahamkan, mesyuarat itu bakal berlangsung di Parlimen esok.

Isu kontroversi MySejahtera semakin menimbulkan tanda tanya apabila sumber keselamatan mendedahkan, data periba­di kira-kira 38 juta pengguna MySejahtera berisiko dimani­pulasi sindiket jenayah antarabangsa untuk kegiatan pemalsuan dokumen dan pelbagai penipuan lain.

Menurut sumber keselamatan, maklumat-maklumat peribadi seper­ti nombor telefon, nombor kad pengenalan dan alamat tempat tinggal dalam MySejahtera dipercayai dimuat naik di jaringan pelayan awan milik sebuah syarikat swasta.

Malah katanya, data-da­ta yang disimpan di clouding web dipercayai berisiko tinggi digodam pihak lain untuk dimanipulasi bagi ke­gia­tan jenayah.

“Jika maklumat-maklumat tersebut terdedah kepada pihak lain, ia boleh digunakan untuk tujuan jahat seperti jenayah antaranya boleh disalah gu­na oleh sindiket pemalsuan dokumen, scammer seperti penipuan dalam talian, penjualan sijil vaksinasi dan pelaburan tidak wujud dan sebagainya,” katanya.

Minggu lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan pangkalan data yang menyimpan segala maklumat daripada penggunaan aplikasi MySejahtera berada di Malaysia dan bukannya di Singapura seperti didakwa sesetengah pihak.

Menterinya, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, secara spesifiknya pangkalan data ter­babit berada di AIMS Data Centre yang terletak di Kuala Lumpur dan bukannya luar negara.

“Transaksi data daripada MySejahtera dimuat naik ke jaringan pelayan awan setiap hari dan hanya boleh diakses untuk kegunaan MySejahtera serta aplikasi sokongan berkaitan pandemik Covid-19, seperti modul vaksinasi dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN