Hanya 14 hotel di Melaka ada sijil halal untuk bufet Ramadan

Hanya 14 hotel di Melaka ada sijil halal untuk bufet Ramadan

CHE SUKRI CHE MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hanya 14 buah hotel di Melaka diiktiraf halal dan dibenarkan menggunakan perkataan ‘Bufet Ramadan’ atau ‘Iftar Ramadan’ bagi mempromosikan pakej berbuka sepanjang bulan ini. 

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal sama sekali dilarang mempromosikan bufet dengan perkataan yang boleh memperdayakan umat Islam. 

Katanya, setakat ini hanya 14 buah hotel di negeri ini yang mempunyai sijil halal dan dibenarkan membuat pengiklanan sama ada risalah bercetak, poster, kain rentang, papan iklan dan di media massa. 

“Hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal tidak boleh mempromosikan bufet sempena Ramadan dengan menggunakan frasa ‘Bufet Ramadan’, ‘Iftar Ramadan’, ‘Jom Iftar’, ‘Citarasa Ramadan’, ‘Selera Ramadan’, ‘Set Ramadan’ dan ‘Jom Berbuka’. 

“Ini kerana frasa-frasa tersebut membawa maksud makanan yang disediakan oleh premis adalah halal dan boleh dimakan oleh umat Islam untuk berbuka,” katanya pada sidang akhbar selepas menjalankan Operasi Plastik Hitam Bersendawa di sini hari ini. 

Tambahnya, larangan itu adalah berpandukan kepada Akta Perihal Dagangan (APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal). 

Sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM500,000 serta Perintah Perihal Dagangan (takrif halal) yang boleh dikenakan denda maksimum RM10 juta. 

Mengulas lanjut, Che Sukri memberitahu, 14 buah hotel yang mempunyai sijil halal adalah Ames Hotel, Amverton Heritage Resort, Bayou Lagoon Park Resort, Bayview Hotel Melaka, Hatten Hotel, Hotel Pantai Puteri dan Hotel Sentral Melaka. 

“Selain itu Hotel Sentral Riverview, IBIS Hotel, Kings Green Hotel, LaCrista Hotel Melaka, Mudzaffar Hotel, Rosa Hotel dan The Straits Hotel & Suits.

“JAIM akan buat pemeriksaan mengejut bersama-sama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri untuk mengesan hotel-hotel yang tidak diperakui halal, namun menggunakan frasa ini,” tegasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya