Dua lelaki isi 5,167 liter diesel tanpa permit ditahan

Dua lelaki isi 5,167 liter diesel tanpa permit ditahan

Kerajaan menanggung subsidi diesel lebih RM1 bilion sebulan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menahan dua pemandu lori yang membawa muatan sebanyak 5,167 liter diesel bernilai RM176,539 tanpa permit sah di dua buah stesen minyak berasingan di Skudai, di sini awal pagi ini.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, kedua-dua lelaki warga tempatan yang berusia 28 dan 56 tahun itu masing-masing ditahan pada pukul 2.30 pagi dan 2.45 pagi.

Menurutnya, serbuan berkenaan dijalankan selepas pihaknya mendapat maklumat berkenaan penyelewengan diesel di kawasan berkenaan.

“Sewaktu serbuan dijalankan, kedua-dua lelaki tersebut sedang mengisi diesel ke dalam tangki yang telah diubah suai di bahagian belakang lori tersebut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran yang sah untuk membawa barang kawalan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua suspek beserta barangan rampasan kemudiannya dibawa ke Markas (PPM) Wilayah Dua untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya