Dua beradik cedera didera bapa tiri - Utusan Malaysia

Dua beradik cedera didera bapa tiri

AHMAD SHUKRI MAT AKHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Keprihatinan seorang guru bertanyakan mengenai kesan lebam di muka pelajarnya kelmarin membongkar penderitaan dihadapi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang disyaki didera bapa tiri mereka selama ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, perbuatan suspek yang berusia 33 tahun mula terbongkar apabila guru di sebuah sekolah di daerah ini, ternampak kesan lebam di pipi pelajar perempuannya berusia lapan tahun.

Menurutnyai, pelajar terbabit memaklumkan kesan lebam tersebut didakwa akibat dipukul oleh ayah tirinya.

“Guru itu lalu memanjangkan perkara tersebut kepada guru kaunseling serta pentadbiran sekolah yang merujuknya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Setar. Pihak JKM yang datang ke sekolah lalu membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.

“Susulan itu, adik perempuan mangsa yang berusia enam tahun turut dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dipercayai akibat dipukul,” katanya.

Tambahnya, mangsa pertama didapati mengalami luka dan bengkak di kepala selain lebam di kedua-dua pipi.

Selain itu, katanya, kanak-kanak berusia lapan tahun itu juga mendakwa ditendang oleh bapa tiri di belakang, hingga menyebabkan lebam.

“Bagi adiknya pula, dia turut memiliki kesan parut lama di dahi, dipercayai akibat dipukul,” katanya.

Ahmad Shukri berkata, kedua-dua kanak-kanak itu buat masa ini masih ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut.

“Pasukan operasi masih berusaha mengesan dan menangkap suspek bagi membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. –UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya