Amah: Hak majikan tidak jelas

Amah: Hak majikan tidak jelas

Majikan patut diberi jaminan mendapat ganti rugi jika amah lari atau buat hal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Syarat-syarat peng­am­bilan amah Indonesia dianggap berat sebelah kerana hak ma­jikan tidak dinyatakan de­ngan jelas jika pembantu rumah lari dalam tempoh percubaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden Gabu­ngan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, agensi yang menguruskan kema­sukan pembantu rumah perlu memberi jaminan kepada majikan tentang perkara itu.

“Agensi pembantu rumah juga perlu memberi jaminan sekiranya amah melarikan diri, perlindungan kepada majikan, mungkin ada bayaran balik juga. Jadi pihak agensi kena bayar ganti rugi jika perkara itu.

“Itu jaminan yang perlu diberikan termasuklah daripada pihak di negara Indonesia, kerana majikan tidak mahu menanggung kerugian apabila pembantu rumah mereka melarikan diri,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah, peningkatan kos untuk mendapatkan pembantu rumah secara sah juga tidak mustahil berlaku menyebabkan majikan mencari alternatif lain untuk mendapatkan amah termasuk dalam kalangan warga asing yang sudah pun berada di negara ini.

“Dalam masa sama, tidak mustahil wujud ejen yang memberikan tawaran lebih baik apabila mengambil amah yang sememangnya sudah pun berada di negara ini. Mungkin yang lari daripada majikan lain.

“Jadi, bila perkara sedemikian berlaku, majikan sedia ada tidak boleh ambil tindakan terhadap ejen atau amah tersebut kerana tidak melalui saluran yang sah, jadi itu adalah risiko perlu ditanggung oleh majikan itu sendiri,” jelasnya.

Terdahulu, akhbar ini me­laporkan agensi-agensi pekerjaan swasta di Indonesia menetapkan kos pengambilan pembantu rumah dari negara itu tidak boleh kurang daripada RM10,000 serta gaji yang ditetapkan RM1,500.

Selain itu, syarat-syarat pe­ngambilan pekerja terutama pembantu rumah Indonesia diperketatkan menerusi lima inisiatif yang diperkenalkan menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) bagi pengambilan dan perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI).

Sementara itu, seorang bekas majikan yang tujuh tahun menggajikan pembantu rumah warga Indonesia, Dr. Rina Fadhilah Ismail berkata, syarat-syarat menerusi inisiatif itu boleh dianggap berat sebelah.

“Pembantu rumah ada hak mendapatkan caruman dan gaji minimum RM1,500 tetapi hak majikan tidak jelas,” katanya di sini semalam yang kini dalam proses mendapatkan pembantu rumah baharu.

Dr. Rina Fadhilah berkata, beliau setuju caruman Socso untuk pembantu rumah kerana kos hospital tinggi jika pekerja terbabit sakit atau berlaku kematian.

“Cumanya pembantu rumah, sewaktu hendak menyambung permit atau surat di kedutaan, perlu ada insurans. Jadi kalau ada insurans, tidak perlu Socso, memadai insurans perubatan,” katanya.

Beliau dalam pada itu berharap kerajaan masih membenarkan pengambilan pembantu rumah tanpa ejen.

Ini kerana katanya, kos jika me­lalui ejen paling murah RM6,000 tidak termasuk permit dan jika diambil secara terus dari Indonesia, ia dalam lingkungan RM3,000 ke RM4,000 termasuk permit.

“Untuk majikan memang sedikit berat dan membebankan jika pembantu rumah yang masuk tidak terlatih, masih tidak mahir dengan kerja-kerja asas,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN