ALOR SETAR: Sekumpulan penuntut bidang keusahawanan Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) menggunakan pengetahuan dipelajari untuk membantu penduduk miskin di Baling dan Sik memperkasakan perniagaan yang dibuat secara kecil-kecilan. Naib Canselor AIU, Prof. Datuk Dr. Abd. Aziz Tajuddin berkata, setakat ini program itu berjaya membantu penduduk memasarkan produk hiliran mereka secara komersial. “Mereka tidak begitu baik dari segi pemasaran dan penuntut kita ada kemahiran. Mereka hanya jual kerepek dan madu kelulut kepada…