18 PATI dicekup ketika mendarat di Morib

18 PATI dicekup ketika mendarat di Morib

PATI yang ditahan selepas mendarat di hutan paya bakau dekat pantai Long Beach, Morib, Kuala Langat, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Sebanyak 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba masuk ke negara ini secara haram dicekup pihak berkuasa semasa mendarat di pantai Long Beach, Morib di sini, semalam. 

Mereka yang ditahan itu dalam operasi Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) itu  berusia antara 15 hingga 37 tahun.

Ketika ditahan mereka sedang bersembunyi di kawasan paya bakau.

Pegawai Pemerintah Batalion 4, Superintendan Rizal Mohamed berkata, penahanan itu dilakukan menerusi rondaan dan pemantauan pihaknya di sekitar kawasan Long Beach tersebut sebelum dua warga asing ditahan dalam serbuan pertama di jalan utama.

“Hasil siasatan kemudian menahan tujuh lagi individu yang bersembunyi di kawasan paya bakau sebelum sembilan lagi ditemukan di pesisir pantai berkenaan,” katannya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Rizal, semakan mendapati semua warga asing itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Seramai 11 lelaki dan tujuh wanita itu masuk melalui laluan tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menaiki bot.

“Mereka antaranya dipercayai sedang menunggu e-hailing dan diambil oleh individu tertentu di lokasi serbuan,” ujarnya.

Tambah beliau, PATI itu dipercayai dikenakan bayaran RM1,600 hingga RM2,500 oleh ejen untuk masuk ke negara ini.

“Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk tindakan lanjut dan kes berkenaan diklasifikasikan mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN