Yayasan Bank Rakyat peruntuk RM10j bantuan persekolahan

Yayasan Bank Rakyat peruntuk RM10j bantuan persekolahan

ADNAN Abu Hassan (tengah) menyampaikan bantuan kepada seorang pelajar sambil diperhatikan oleh Mohd. Shahrizal (kiri) di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seramai 66,399 orang murid di seluruh negara telah menerima manfaat menerusi bantuan wang tunai persekolahan yang disediakan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR) sejak tahun 2018 menerusi peruntukan sebanyak RM7.87 juta.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Mohd. Shahrizal Sahri berkata, sejak tahun 2017 sehingga kini juga, seramai 3,277 orang pelajar telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian institut pengajian tinggi (IPT) menerusi peruntukan sebanyak RM2.2 juta yang disediakan YBR.

Kata beliau, ia termasuklah sejumlah RM1 juta yang diperuntukan bagi bantuan tersebut tahun ini.

“Program bantuan seperti ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar IPT serta murid sebelum mendapat mana-mana bantuan atau dana dalam meneruskan pengajian sedia ada dan juga sesi persekolahan.

“Inisiatif bantuan pendidikan ini diharap menjadi pendorong kepada organisasi-organisasi lain untuk turut sama membantu dalam memberi bantuan-bantuan sebegini tanpa mengira bentuk atau nilai sumbangan,” katanya dalam Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian dan Bantuan Persekolahan YBR di Kompleks Rakan Muda, Jalan Melang di sini hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Adnan Abu Hassan.

Pada majlis tersebut, sebanyak RM80,000 hasil peruntukkan YBR menerusi bantuan pendidikan kepada diberikan kepada 600 orang murid sekolah dan institusi pengajian tinggi di daerah ini sempena dengan pembukaan semula sesi persekolahan serta pembukaan semester di universiti.

Bantuan persekolahan dan bantuan awal pengajian itu telah disampaikan Adnan kepada murid dan pelajar dan replika cek diserahkan kepada wakil terdiri daripada pemimpin masyarakat tempatan.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyerahkan replika cek berjumlah RM7,560 bagi Program Kelas Tuisyen Yayasan Bank Rakyat kepada calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senaling di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya