USIM, KRU sedia platform keusahawanan - Utusan Malaysia

USIM, KRU sedia platform keusahawanan

MOHAMED Ridza Wahiddin (dua dari kiri) pada majlis menandatangani MoU bersama Norman Abdul Halim semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama KRU Entertainment Sdn. Bhd. (KRU) bagi mewujudkan platform keusahawanan kepada para pelajar.

Naib Canselor USIM, Datuk Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, kolaborasi itu bertujuan memupuk kerjasama USIM bersama industri melalui program-program yang dijalankan bersama KRU terutamanya yang melibatkan keusahawanan.

“Untuk USIM, kami sendiri ada mewujudkan platform keusahawanan melalui konsep prosumerisme melalui Pusat Keusahawanan Universiti, USIM yang memberi banyak peluang dan inisiatif perniagaan kepada pelajar dalam memulakan perniagaan.

“Pelbagai peluang kerjasama dari latar belakang yang berbeza daripada industri kreatif dilihat boleh dijalinkan bersama KRU seperti buku digital penyelidikan sains dan teknologi iaitu eBook dan audio book, selain platform keusahawanan untuk mempamerkan barang-barang hasil inovasi pelajar sama seperti Shopee dan Lazada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohamed Ridza yang mewakili USIM telah menandatangi MoU bersama Ketua Pegawai Eksekutif KRU, Datuk Norman Abdul Halim di Canselori USIM di sini semalam.

MoU itu hasil daripada penempatan pensyarah USIM, Dr. Safiyyah Ahmad Sabri di KRU melalui program CEO@Faculty yang dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Kepimpinan Tinggi (AKEPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang memberi peluang libat sama di antara akademik dan industri tempatan.

Menurut Mohamed Ridza, program itu jelas menunjukkan walaupun KRU dari bidang industri kreatif, ia tidak bermakna bidang lain seperti sains dan kejuruteraan tidak sesuai menjalinkan kerjasama dengan produksi tersebut. 

“KRU juga membuka peluang untuk latihan industri pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda, program Biasiswa B40 pelbagai bidang yang bukan hanya kepada industri kreatif sebaliknya kursus pendek sosial e-commerce dan sebagainya,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya