Tubuh Pusat Bencana Geologi kesan bencana - Utusan Malaysia

Tubuh Pusat Bencana Geologi kesan bencana

PENUBUHAN Pusat Bencana Geologi akan memantau tahap keberkesanan sistem amaran awal membabitkan pelbagai bencana bukan sahaja tanah runtuh tetapi banjir dan tsunami mahupun gempa bumi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penubuhan Pusat Bencana Geologi dilihat sebagai keperluan mustahak bagi memantau tahap keberkesanan sistem amaran awal bencana tsunami, tanah runtuh dan banjir di negara ini.

Presiden Persatuan Geologi Malaysia, Ahmad Nizam Hasan berkata, peningkatan teknologi dan komunikasi sistem amaran awal penting ekoran kejadian tanah runtuh yang menunjukkan tahap luar jangka dalam aspek punca dan pencetus geologi serta geoteknik.

Malah, katanya, segala data pemantauan menjadi pertimbangan asas bagi menganalisis tahap bahaya bencana tanah runtuh dengan lebih tepat pada masa akan datang.

“Penubuhan Pusat Bencana Geologi akan memantau tahap keberkesanan sistem amaran awal membabitkan pelbagai bencana bukan sahaja tanah runtuh tetapi banjir dan tsunami mahupun gempa bumi.

“Ini kerana sistem yang lebih canggih adalah amat perlu sejajar dengan perubahan iklim sebagai pencetus tanah runtuh yang utama dan seiring dengan perkembangan teknologi,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Nizam berkata, masyarakat perlu tahu sistem amaran awal
bersifat site-specific mengikut sesuatu lokasi dan direka bentuk serta dipasang berasaskan hasil dapatan kajian teknikal dengan melibatkan pakar geologi serta geoteknik.

“Sistem amaran awal tanah runtuh tidak boleh disamakan seperti sistem banjir atau gempa bumi kerana ia adalah peranti seperti penggera kebakaran atau pencuri yang perlu berada di lokasi dengan hubungan telekomunikasi dan siren.

“Pakar perlu mengenal pasti pelbagai faktor penyebab terhadap sesuatu cerun yang dinilai.

“Perlu kita ingat bahawa setiap cerun tidak mempunyai keadaan geologi atau geometri yang sama. Daripada inventori yang dibuat, cerun-cerun yang dikenal pasti diberi keutamaan dan dinilai pakar geoteknik bagi penentuan kesesuaian mitigasi dan memasang sistem amaran awal tanah runtuh di kawasan terbabit,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya