SPRM fokus pemulangan dana 1MDB - Utusan Malaysia

SPRM fokus pemulangan dana 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tidak timbul isu kegagalan mana-mana agensi penguat kuasa untuk mengesan, menyiasat dan mendakwa apa-apa kesalahan dalam transaksi kewangan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang dibangkitkan oleh segelintir pihak.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan memberitahu, pendedahan saksi utama, Pengerusi Goldman Sachs Group Inc. Asia Tenggara, Tim Leissner di Mahkamah Amerika Syarikat dalam kes berkaitan 1MDB yang melibatkan suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Dr. Tawfiq Ayman bukan sesuatu yang baharu.

Kata kenyataan itu, bekas Peguam Negara pada hujung 2018 telah pun menyelaraskan koordinasi siasatan antara SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes ini.

“Menerusi koordinasi tersebut, fokus SPRM adalah untuk mengenal pasti serta mendapatkan semula dana terkait dengan kes 1MDB termasuk sejumlah AS$15.4  (RM64 juta) yang melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd. milik Tawfiq. 

“Manakala Pejabat Peguam Negara telah mengarahkan PDRM untuk menumpukan kepada aspek kesalahan jenayah berhubung penerimaan wang tersebut ke dalam akaun milik Tawfiq di Singapura dan siasatan masih berjalan sehingga kini,” katanya kenyataan itu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata kenyataan itu, SPRM sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan media pada 19 November lalu mengenai pemulangan tersebut.

Tambah kenyataan itu, penyelarasan ini adalah untuk mengelakkan pertindihan dalam siasatan melibatkan pengumpulan bukti-bukti.

“Keterangan mereka yang terlibat serta sebagai kemudahan untuk berurusan bersama pihak Singapura yang memberi keutamaan kepada satu agensi penguat kuasa yang menjalankan siasatan kesalahan jenayah,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN