Mufti Pulau Pinang tegur penggiat seni susulan adegan panas drama Perempuan Itu - Utusan Malaysia

Mufti Pulau Pinang tegur penggiat seni susulan adegan panas drama Perempuan Itu

WAN SALIM WAN MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menegaskan pemaparan detik-detik kelemahan yang mana seseorang terpaksa ‘mengalah’ kepada nafsu syahwat adalah tidak perlu ditonjolkan di dalam sesebuah karya seni.

Wan Salim berkata, seni sepatutnya berperanan mendidik masyarakat, membentuk pemikiran dan perasaan mereka ke arah pembinaan sahsiah yang terpuji dan boleh menjadi contoh teladan kepada masyarakat terutama generasi baharu.

“Perlu diperingatkan, pemaparan detik-detik kelemahan di mana seseorang terpaksa ‘mengalah’ kepada nafsu syahwat bukanlah sesuatu yang indah di dalam kehidupan.

“Justeru, aspek ini tidaklah perlu ditonjolkan di dalam sebuah karya seni,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai beberapa babak panas dalam drama terbaharu berjudul Perempuan Itu yang tular di media sosial sejak minggu lalu.

Sebelum ini, media melaporkan pelakon popular, Zul Ariffin mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video memaparkan beberapa babak panas dalam drama terbaharu lakonannya berjudul Perempuan Itu di Instagram, Sabtu lalu.

Hantaran berkenaan mendapat kecaman hebat daripada netizen bahkan turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad yang menyifatkannya sebagai melampaui batas.

Menurut Wan Salim, detik seseorang berada dalam keadaan lemah sehingga terpaksa tunduk kepada desakan nafsunya adalah detik paling rendah yang tidak wajar didedahkan kepada umum. 

“Tetapi, detik kekuatan insan di mana seseorang berjaya mengatasi desakan nafsu syahwatnya yang perlu menjadi ‘fokus’ bagi karya seni yang sesuai dengan kemuliaan insan selaku khalifah Allah SWT di bumi,”katanya.

Tambahnya, seni boleh memacu masyarakat ke arah kemajuan dan kebaikan, begitu juga sebaliknya mampu meruntun masyarakat ke jurang keburukan dan keruntuhan.

“Tentu ramai yang bersetuju bahawa seni mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat.

“Terpulang kepada para penggiat seni kita sama ada mahu membantu kerajaan untuk membangunka  negara sebagai satu negara yang rakyatnya mempunyai jatidiri bermoral tinggi, berintegriti dan bermarua  atau menyumbang ke arah kesan sebaliknya,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya