PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menerbitkan Sepintas e-Buku HASiL mengandungi pelbagai maklumat termasuk berkaitan cukai yang kini boleh dimuat turun.
LHDN dalam kenyataannya memaklumkan, buku digital setebal 104 muka surat ini mengandungi pelbagai maklumat berkaitan cukai langsung untuk rujukan dan panduan kepada orang ramai khususnya pembayar cukai.
“Antara maklumat yang menarik dalam buku digital ini ialah e-Filing, Senarai Pelepasan Cukai Individu bagi Tahun Taksiran 2021, Bayaran Cukai Pendapatan, Tanggungjawab Majikan dan Pekerja, Cukai Korporat, Duti Setem, Cukai Pegangan, Cukai Keuntungan Harta Tanah, Ekonomi Digital dan lain-lain.
“Ia boleh dimuat turun dari Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/ atau menerusi aplikasi MyTax yang boleh didapati di Google Playstore serta IOS Apps Store,” katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada HASiL melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. –UTUSAN ONLINE