Netanyahu putuskan 'rampas semua' tanah di Gaza - Utusan Malaysia

Netanyahu putuskan ‘rampas semua’ tanah di Gaza

BENJAMIN NETANYAHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membuat keputusan untuk menduduki sepenuhnya Semenanjung Gaza dan memperluaskan operasi ketenteraan di wilayah tersebut, menurut beberapa laporan media tempatan pada malam Isnin.

Memetik seorang pegawai kanan yang rapat dengan Perdana Menteri, akhbar Yedioth Ahronoth melaporkan Netanyahu sudah memutuskan perkara itu biarpun di kawasan yang menempatkan tebusan.

“Segalanya telah diputuskan. Kita akan melaksanakan pendudukan penuh di Semenanjung Gaza.

“Operasi akan dijalankan walaupun di kawasan yang menempatkan tebusan. Jika Ketua Turus Tentera (IDF) tidak bersetuju, dia sepatutnya meletak jawatan,” katanya.

Langkah ini menandakan perubahan besar dalam strategi ketenteraan Israel di Gaza.

Saluran 12 melaporkan tindakan ini memberi isyarat operasi akan diperluas ke kawasan berpenduduk padat, termasuk kem pelarian di kawasan tengah, yang berisiko memburukkan lagi krisis kemanusiaan.

Walaupun terdapat tentangan dari pihak keselamatan Israel, penyiar awam KAN memetik menteri-menteri yang baru-baru ini berbincang dengan Netanyahu sebagai berkata beliau tetap mahu meneruskan kempen ketenteraan yang lebih meluas di Gaza.

Akhbar Yedioth Ahronoth turut mendakwa Netanyahu sudah menerima “lampu hijau” daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk meneruskan serangan yang diperluas itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN