PETALING JAYA: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu disegerakan bagi menyelesaikan segala konflik yang tercetus antara parti-parti kerajaan iaitu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) selama ini. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, perkara itu dibuktikan menerusi perang mulut antara kedua-dua belah pihak sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Katanya, jika dibiarkan berterusan, kemungkinan besar kerajaan akan berdepan krisis ketidakstabilan…