Kertas siasatan Mara Corp sudah selesai - SPRM - Utusan Malaysia

Kertas siasatan Mara Corp sudah selesai – SPRM

AZAM Baki dalam sidang media hari ini. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kertas siasatan mengenai dakwaan salah guna kuasa dan salah urus Mara Corporation Sdn. Bhd. (Mara Corp) sudah selesai sepenuhnya.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan telah di bawa kepada pegawai perundangan SPRM dan kini dalam peringkat perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk langkah seterusnya.

“Kemungkinan akan ada keputusan mengenai perkara itu pada minggu hadapan,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Sebelum ini, SPRM memanggil lima pegawai Mara yang dikaitkan dakwaan isu integriti dan salah guna kuasa, membabitkan Mara Corp.

Kelima-lima individu berkenaan adalah antara 17 individu yang telah dikenal pasti bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata, pihaknya tidak menyiasat suami kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz iaitu Datuk Dr Tawfiq Ayman berkenaan dakwaan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya, SPRM hanya diberi tanggungjawab untuk mendapatkan semula dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dari Singapura.

“Dalam siasatan melibatkan kes 1MDB, pasukan petugas melibatkan polis dan SPRM telah diwujudkan. Bagi kes Tawfiq, SPRM ditugaskan mendapatkan semula wang (1MDB) dari Singapura.

“Bagaimanapun, saya difahamkan bahawa Tawfiq kini masih dalam siasatan polis. Saya rasa kertas siasatan mereka masih dibuat (dalam proses), polis akan kemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) apabila ia siap kelak,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner pada prosiding perbicaraan yang dikaitkan dengan 1MDB di New York, Amerika Syarikat mendakwa suami bekas Gabenor BNM itu menerima rasuah. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya