[PARLIMEN]: Jangan tunduk pada tauke besar-Anwar - Utusan Malaysia

[PARLIMEN]: Jangan tunduk pada tauke besar-Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peningkatan gaji minimum perlu seiring dengan peningkatan produktiviti memandangkan jurang dua perkara ini semakin luas dan memberi kelebihan kepada syarikat-syarikat besar dalam negara.

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim [Port Dickson-PH] berkata, jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengikut kata ahli konglomerat untuk tidak meningkatkan gaji minima tidak sepatutnya berlaku.

“Ada bantahan daripada konglomerat tentang kenaikan gaji minima namun jawapan perdana menteri mengatakan beliau sudah bincang dengan syarikat besar tetapi mereka tidak setuju, perdana menteri ini wakil kepada golongan itu atau wakil rakyat?

“Kalau tanya syarikat-syarikat besar, memang mereka tidak akan melaksana hal ini dan kerana itu ada kesatuan pekerja. Dalam sejarah ekonomi, menunjukkan hanya dengan kesatuan sekerja, barulah syarikat besar berikan layanan baik kepada syarikat.

“Syarikat untung RM8 bilion tapi gaji pekerja tidak naik namun produtiviti meningkat. Saya pernah sebut dulu mengenai peningkatan produktiviti dan peningkatan upah, peningkatan produktiviti jauh lebih tinggi berbanding peningkatan upah,” katanya dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Tambah Anwar, perdana menteri bertanggungjawab untuk mendengar keluhan daripada rakyat yang mengharapkan perubahan.

“Perdana menteri harus mendengar suara rakyat bawahan untuk meneruskan dengan dasar gaji minima dan jangan tunduk syarikat atau tauke besar. Mesti ada proses rundingan yang melibatkan syarikat dan pekerja,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya