SOP solat Jumaat di Selangor keputusan JAIS, titah Sultan - Utusan Malaysia

SOP solat Jumaat di Selangor keputusan JAIS, titah Sultan

IDRIS Ahmad berbual dengan pelajar yang menerima bantuan persekolahan pelajar asnaf di Taiping hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Syarat dua dos lengkap dan dos penggalak untuk solat Jumaat di Selangor  adalah keputusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan titah Sultan Selangor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, kerajaan Selangor yang menetapkan syarat itu dan bukan di bawah ketetapan atau keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Syarat berkenaan ditetapkan oleh JAIS dan terpakai di negeri itu sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian bantuan persekolahan di Simpang dekat sini hari ini.

Menurut Idris, Jakim menghormati ketetapan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa agama Selangor itu.

Menurutnya, rakyat harus faham bahawa kuasa menentukan sesuatu perkara berkaitan hal ehwal Islam di dalam sesebuah negeri adalah di bawah jabatan agama Islam negeri itu sendiri.

“Mereka yang mempunyai kuasa penuh tentang perkara itu, Jakim menghormati keputusan itu.

“Saya menasihatkan umat Islam di Selangor mematuhi SOP yang ditetapkan bagi menjaga dan memelihara maslahah dalam mengawal penularan  Covid-19 mencapai matlamat,” katanya.

Menurut Idris, syarat di Selangor itu juga bukan di bawah arahan Kementerian Kesihatan (KKM) tetapi ketetapan dan keputusan kerajaan Selangor sendiri. –UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya