PRN Johor: Pejuang sandar populariti Mahathir - Utusan Malaysia

PRN Johor: Pejuang sandar populariti Mahathir

DR MAHATHIR Mohamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berharap populariti Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dapat membantu dalam memenangkan kerusi-kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pejuang Johor, Datuk Shahruddin Md. Salleh berkata, walaupun calon Pejuang memiliki kekuatan sendiri, pengaruh pengasan parti itu yang juga bekas Perdana Menteri dua kali itu tidak boleh dinafikan.

Katanya, Pejuang mahu menawarkan sebuah kerajaan yang berintegriti cekap, amanah dan menjaga kepentingan semua kaum.

“Pejuang parti baru diluluskan pendaftarannya, tetapi parti ini dipimpin oleh seorang yang cukup berpengalaman iaitu Dr. Mahathir.

“Negara dikenali sebagai Harimau Asia di bawah pimpinan Dr. Mahathir dan saya percaya Pejuang dapat membina semula ekonomi negara dalam suasana dan cabaran Covid-19.

“Beliau yang juga pengasas Pejuang sudah berumur lebih 90 tahun dan pernah menjadi Perdana Menteri dua kali, maknanya pengalaman Pejuang dari segi (politik) terlalu lama setanding UMNO,” katanya di sini.

Pejuang mempertaruhkan 42 calon di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pejuang, kata Shahruddin, yakin tawaran produk integriti dalam kempen parti dapat memikat hati pengundi.

Katanya, tawaran itu penting untuk mendapat kepercayaan rakyat kepada Pejuang dan negara-negara luar.

“Kita bertanding secara sihat dan kita jual produk kita iaitu berintegriti.

“Justeru, orang akan pandang kita lebih yakin, insya-Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN