Pekeliling guru, petugas Kemas berpolitik keluar dalam masa terdekat - K

Pekeliling guru, petugas Kemas berpolitik keluar dalam masa terdekat – KSN

MOHD. Zuki Ali (tiga, dari kiri) bersama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas Majlis Sign Off Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu dan Agensi 2021-2025 di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pekeliling atau garis panduan kebenaran golongan pendidik seperti guru dan petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bergiat aktif dalam politik akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, draf pekeliling berkenaan kini sudah disiapkan dan dalam proses penelitian.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam peringkat akhir untuk mengeluarkan pekeliling berhubung kebenaran guru dan petugas Kemas berpolitik.

“Kita tengoklah apa yang dikeluarkan daripada pekeliling tersebut, tetapi kita kena lihat juga implikasi daripada apa yang dibenarkan itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sign Off Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu dan Agensi 2021-2025 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Baru-baru ini, Presiden Kongres Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat menggesa kerajaan mengeluarkan pekeliling atau garis panduan yang jelas berhubung kebenaran berpolitik dalam kalangan penjawat awam.

Katanya, langkah itu bertujuan memastikan tiada pelanggaran undang-undang dilakukan seperti salah guna kuasa selain mengelakkan orang awam membuat tuduhan tidak berasas.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  mengumumkan guru dan petugas Kemas dibenarkan bergiat aktif dalam politik sebagaimana rakyat lain, berkuat kuasa serta-merta.

Serentak dengan itu pekeliling terdahulu yang memberi amaran dan menyekat golongan pendidik daripada berpolitik sudah tidak terpakai. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN