Jalan Temiang-Pantai jadi tumpuan, 48 saman dikeluarkan  - Utusan Malaysia

Jalan Temiang-Pantai jadi tumpuan, 48 saman dikeluarkan 

SEBANYAK 48 saman telah dikeluarkan oleh polis kepada pengguna jalan raya di laluan Jalan Temiang-Pantai, Seremban dengan kesalahan tertinggi melibatkan kesalahan meletakkan kenderaan di bahu jalan atau lorong kecemasan untuk tujuan bergambar dan berkumpul.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 48 saman telah dikeluarkan polis kepada pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan di  Jalan Temiang-Pantai di sini untuk tujuan bergambar.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, daripada saman yang dikeluarkan itu, kesalahan tertinggi direkodkan adalah meletakkan kenderaan di bahu jalan atau lorong kecemasan untuk tujuan bergambar dan berkumpul.

“Hendak ambil gambar tidak jadi masalah, tetapi, jangan sampai meletak kenderaan di bahu jalan dan lorong kecemasan sehingga mengganggu kelancaran trafik dan mengundang risiko tinggi berlakunya kemalangan.

“Bagaimanapun, setakat ini, tiada kes kemalangan direkodkan berlaku di kawasan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Mohamad, pihak polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan bersama agensi lain akan meneruskan pemantauan dan advokasi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna lalu lintas.

“Itu sebenarnya Jalan Persekutuan bukannya lebuh raya, mungkin disebabkan pemandangan di sepanjang laluan itu menarik menyebabkan ramai yang berhenti untuk mengambil gambar.

“Ia tidak jadi masalah asalkan orang ramai mematuhi peraturan ditetapkan selain tidak mengganggu lalu lintas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, aktiviti berbasikal dan jogging dibenarkan di laluan berkenaan selagi tidak mengganggu keselamatan lalu lintas serta tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain. 

“Kami menasihati pengguna jalan raya tidak kira di negeri ini mahupun luar negeri yang melalui kawasan itu supaya mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya