PETALING JAYA: Ibu bapa sepatutnya lebih takut kepada risiko anak-anak mereka dijangkiti Covid-19 berbanding kesan sampingan selepas diberi suntikan vaksin. Secara logiknya risiko dijangkiti Covid-19 adalah jauh lebih teruk sehingga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang berpanjangan selain kematian jika langkah perlindungan diabaikan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, mereka sepatutnya tidak mengambil risiko untuk anak-anak dijangkiti…










