‘Batal permit institut memandu pandangan peribadi KP JPJ’ - Wee Ka Siong - Utusan Malaysia

‘Batal permit institut memandu pandangan peribadi KP JPJ’ – Wee Ka Siong

mca
WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan membatalkan permit institut memandu (IM) dan menarik balik sijil tenaga pengajar yang mempunyai rekod ramai pemegang lesen dari institut berkenaan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya hanyalah pandangan peribadi Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kementeriannya menegaskan ia bukan merupakan satu ketetapan dasar Kementerian Pengangkutan pada masa ini.  

“Sebarang hala tuju dasar atau apa jua cadangan penambahbaikan sudah tentunya akan dikaji secara holistik dan saintifik terlebih dahulu oleh kementerian ini dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan termasuk keberkesanannya, kebolehlaksanaannya dan keupayaannya untuk mencapai objektif yang ditetapkan. 

“Kementerian ini tidak mahu menuding jari secara melulu terhadap pihak tertentu dan seterusnya mempersalahkannya semata-mata berdasarkan andaian atau hipotesis yang tidak berasas,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, kajian terperinci ini juga akan melibatkan sesi libat urus bersama semua pihak yang berkepentingan bagi mendapatkan pandangan serta cadangan penambahbaikan. 

“Dalam masa sama, kementerian ini bersama agensi-agensi di bawahnya akan meneruskan aktiviti advokasi dan penguatkuasaan sedia ada bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pematuhan kepada peraturan jalan raya dan aspek keselamatan jalan raya di seluruh negara. 

“Justeru, pihak kementerian serius dan komited dalam memastikan jalan raya kekal selamat digunakan oleh semua pihak,” ujarnya. 

Terdahulu, media melaporkan, JPJ akan memperkenalkan kod khas di lesen memandu bagi mengesan institut latihan yang melahirkan ramai pemandu gagal mematuhi peraturan lalu lintas sehingga menyebabkan kemalangan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim dilaporkan berkata, jika ramai pemandu dari sesebuah institut itu terbabit dalam kemalangan jalan raya, berkemungkinan tindakan boleh dikenakan terhadap pengusaha atau pemiliknya, antaranya membatalkan permit institut memandu dan menarik balik sijil tenaga pengajarnya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya