Banjir di Terengganu merebak, 2,563 orang pindah PPS

Banjir di Terengganu merebak, 2,563 orang pindah PPS

DUA pemuda mengharung banjir melebihi paras pinggang di Kampung Teladas di Kemaman, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Banjir kini merebak ke Besut dan Dungun sekali gus menjadikan lima daerah terjejas dengan seramai 2,563 mangsa melibatkan 772 keluarga sudah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 9 pagi ini, sebanyak 51 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di dua daerah berkenaan di samping di Kemaman, Hulu Terengganu dan Setiu. 

Katanya, Kemaman terus mencatatkan bilangan mangsa tertinggi apabila seramai 1,244 orang ditempatkan ke 18 PPS termasuk di Dewan Orang Ramai Kampung Teladas, Dewan Sivik Air Putih, Balai Raya Padang Kubu, Dewan Sivik Felda Seberang Tayor dan Dewan Orang Ramai Batu 14 Kuala Tayor.

“Di Hulu Terengganu, mangsa meningkat berganda kepada 652 orang berbanding 334 orang yang direkodkan pukul 5 petang semalam. 

“Bagi Besut pula, sebanyak 11 PPS dibuka bagi menempatkan 414 mangsa, manakala di Setiu (234 mangsa) dan Dungun (69 mangsa),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sekretariat itu berkata, cuaca semasa pagi ini masih lagi hujan lebat berterusan di kesemua lapan daerah.

Terengganu mulai dilanda banjir bermula semalam dan bencana kali ini disifatkan yang paling teruk dalam lima episod gelombang monsun Timur Laut sejak 2 Disember lalu.

Bagaimanapun, hujan sangat lebat berterusan itu dijangka berakhir petang ini dan cuaca diramalkan bertambah baik hingga malam dengan kemungkinan sedikit hujan pada pagi esok di kawasan pantai.

Sementara itu, pemerhatian di laman web Public Infobanjir mendapati, sembilan stesen sungai melepasi paras bahaya dengan tiga daripadanya di Hulu Terengganu di samping masing-masing dua di Besut dan Kemaman diikuti Setiu (satu) dan Dungun (satu). UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.