Analisis PRN: Nilai ADUN Johor tahap JDT - Utusan Malaysia

Analisis PRN: Nilai ADUN Johor tahap JDT

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kiri) bersama Menteri Besar Johor yang juga Penyelaras Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Datuk Hasni Mohammad (tiga, kanan) menunjukkan senarai 56 calon pada majlis pengumuman calon BN bagi PRN Johor di Dewan Perhubungan UMNO Johor di Johor Bharu kelmarin. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAGI tak tandatangan borang penamaan calon Suruhanjaya Pilihan Raya pagi ini, selagi itu belum rasmi watikah calon diterima daripada ketua parti.

Pada 2004 di ambang pengundian pilihan raya umum, seorang bakal calon sudah memegang borang diisi untuk keluar rumah ke pusat penamaan calon. Tiba-tiba telefon di tangannya berbunyi dan didengarinya:

“Zul (bukan nama sebenar) jangan sedih, kecewa ya, anggap rezeki bukan waktu ini, ada di tempat lain nanti. Insya-Allah parti akan pastikan,” kata presiden partinya.

Rupa-rupanya penyandang kerusi tidak mahu beralah. Dipegangnya kaki presiden dalam rumah tidak mahu dilepaskan selagi tak disahkan watikah calonnya.

Di DUN Paloh, Sungai Balang dan Tanjung Surat serta beberapa kerusi lagi masih menjadi pertikaian dalam kalangan calon bertanding. MCA misalnya tetap hendakkan Paloh yang diingini UMNO. Di Kempas, nama asal bertanding di situ Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pulai, Zulkifli Jaafar. Tapi orang lain pula diumumkan pengerusi parti iaitu setiausaha bahagian Noor Faizal Abdullah. Mahu tak mengamuk dia.

Di banyak kerusi, mereka yang kecewa tidak dicalonkan diredakan dengan janji ‘okey, kau tunggu tanding parlimen nanti’.

Namun ada yang hati kering tak mahu mengharapkan `burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan’.

Barangkali benar ‘nilai’ ADUN di Johor mungkin lebih. Agaknya ramai mahu bertanding kerana sekiranya menang, keadaan, ruang dan peluang sebagai ADUN di negeri ini dapat menjadikan mereka bernilai lebih tinggi sedikit. Macam pemain JDT. Itu yang mungkin mendorong ramai mahu tampil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN