Anak-anak Sahabat Usahawan AIM Pulau Pinang terima set lengkap persekolahan - Utusan Malaysia

Anak-anak Sahabat Usahawan AIM Pulau Pinang terima set lengkap persekolahan

Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia, Mohamed Shamir Abdul Aziz menyampaikan bantuan kelengkapan persekolahan semasa Program Kembali Ke Sekolah Anak-Anak Sahabat di Tasek Gelugor sambil disaksikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Timbalan Pengerusi AIM, Mohd. Najib Mohd. Noor (Kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 1,000 anak-anak Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang akan memasuki sesi persekolahan baharu pada Mac ini menerima sumbangan kelengkapan persekolahan melalui program tanggungjawab sosial korporat, ‘Kembali Ke Sekolah’.

Amanah Ikhtiar Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, antara barangan sumbangan tersebut termasuk alat tulis, beg dan kasut sekolah yang diterima oleh anak-anak AIM yang bersekolah rendah di Pulau Pinang.

“Pemberian kelengkapan persekolahan ini diharap dapat menceriakan dan memberi semangat untuk anak-anak Sahabat Usahawan AIM melangkah semula ke alam persekolahan setelah lama menjalani pembelajaran di rumah sepanjang tahun lalu.

“Diharap ia dapat mengeratkan hubungan pihak pengurusan AIM dan Sahabat Usahawan yang dilihat mula bangkit untuk menjalankan aktiviti ekonomi selain kembali menjalani kehidupan normal,” kata kenyataan itu hari ini.

Program tersebut diadakan di Pusat Konvensyen Perda, Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Hadir sama ialah Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Shabudin Yahaya; Timbalan Pengerusi AIM, Mohd. Najib Mohd. Noor; Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz; Pengerusi Kumpulan Media Prima Grup Berhad, Datuk Seri Dr. Syed Hussian Al-Junid serta beberapa pemimpin negeri Pulau Pinang.

Pulau Pinang antara negeri cemerlang dari segi pembayaran semula pinjaman seramai 5,767 Sahabat Usahawan AIM, mencatatkan rekod 0 peratus bagi prestasi berisiko (PAR).

Hingga kini, jumlah kumulatif pembiayaan yang telah dikeluarkan oleh seluruh Pulau Pinang sebanyak RM1.1 bilion dan RM39.7 juta diperuntukkan bagi tahun ini. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN