YPN bantu 300 keluarga mangsa banjir Kampung Bukit Lanchong - Utusan Malaysia

YPN bantu 300 keluarga mangsa banjir Kampung Bukit Lanchong

MOHD. Aizuddin Ghazali (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir di balai raya Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mangsa banjir di Kampung Bukit Lanchong di sini terus dibela apabila 300 keluarga dibantu Yayasan Prihatin Nasional (YPN) sejak dua minggu lalu.

Bantuan tersebut termasuk bahan makanan dan sebuah tilam, dengan anggaran kesemua set tersebut berjumlah RM400.

Ketua Pegawai Eksekutif YPN, Datuk Mohd. Aizuddin Ghazali berkata, nilai keseluruhan kesemua bantuan terbabit berjumlah RM125,000 yang disumbangkan daripada syarikat DXN Holdings Bhd. (DXN).

“Kami berikan tilam kerana majoriti mangsa memaklumkan bahawa mereka tidak mendapat perkakas tersebut daripada mana-mana pihak yang pernah memberikan sumbangan sebelum ini.

“Selain beri sumbangan, anggota sukarelawan YPN turut membantu mangsa membersihkan rumah mereka dalam tempoh dua minggu ini,” katanya selepas memberikan sumbangan kepada kesemua mangsa di balai raya Kampung Bukit Lanchong.

Sementara itu, salah seorang penerima sumbangan, Sarimi Ahmad, 31, berkata, dia menzahirkan penghargaan kepada YPN di atas sumbangan yang diberikan kepadanya.

“Saya amat lega dapat tilam ini kerana pihak yang bagi bantuan sebelum ini tidak pernah beri barang ini.

“Dengan adanya tilam ini, saya sekeluarga boleh tidur lebih selesa selepas ini,” katanya yang tinggal di Lorong Ikan Keli 2. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya