Siput tuntul tarikan di Binsulok, Membakut - Utusan Malaysia

Siput tuntul tarikan di Binsulok, Membakut

MAZZARY Mongo menunjukkan siput tuntul yang dijual di gerainya di Kampung Binsulok, Membakut.-UTUSAN/SURAIDAH ROSLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sebut sahaja Kampung Binsulok, Membakut, perkara pertama yang terbayang sudah pasti siput tuntul atau dikenali sebagai siput sedut di Semenanjung.

Kampung yang dikelilingi laut dan paya bakau ini cukup terkenal dengan siput tuntul yang menjadi tumpuan pengunjung yang datang dari Labuan mahupun daerah-daerah berhampiran.

Siput tuntul yang mudah diperoleh di laut sekitar daerah ini membuka ruang kepada anak muda menjana pendapatan sampingan selain daripada menjadi nelayan.

Mazzary Mongo,22, berkata, mereka mula mengusahakan perniagaan menjual siput tuntul bersama kakak sepupunya kira-kira tujuh tahun.

Siput tuntul menjadi tarikan di Kampung Binsulok, Membakut

“Setiap hari, dia saya boleh memperoleh dua hingga lima bakul siput tuntul bergantung kepada keadaan pasang surut air laut.

“Sekiranya air laut surut, saya bersama rakan-rakan pencari tuntul akan turun ke laut seawal pukul 1 pagi dan pulang ke rumah pada 6 pagi. Biasanya air laut pada paras dada sahaja semasa kami turun mengambil tuntul.

“Namun pada hari biasa, selalunya kami tidak mengambil tuntul terlalu banyak kerana pelanggan tidak begitu ramai. Tuntul yang belum dibuang bahagian hujungnya boleh disimpan selama dua hari sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mazzary berkata, anggaran pendapatan hasil jualan siput tuntul antara RM50 hingga RM100 sehari pada hari biasa. Pendapatan itu meningkat dua kali ganda semasa musim cuti sekolah kerana ramai pelanggan dari daerah lain berkunjung ke situ.

Ceritanya lagi, antara cabaran mengambil siput tuntul adalah disengat ikan pari kerana terpaksa berkaki ayam semasa mencari tuntul untuk mengetahui kawasan itu mempunyai tuntul atau tidak.

“Saya pernah disengat pari, apabila sedar saya sudah berada di hospital. Nasib kawan-kawan sedar saya pengsan dan terus menghantar saya ke hospital,” katanya.

Sementara itu, Sharildah Ag Amit, 32, berkata, istimewanya siput tuntul itu, ia bukan hidupan laut yang bermusim, ia boleh didapati sepanjang tahun. Maka, pendapatan daripada hasil jualan siput tuntul tidak pernah terhenti.

SHARILDAH Ag Amit menjual sipul tuntut di gerai Kampung Binsulok, Membakut.-UTUSAN/SURAIDAH ROSLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Saya sendiri turun ke laut mengambil tuntul bermula dari 6 hingga 10 pagi dan mula membuka gerai pada pukul 12 tengah hari sehingga 7 malam.

“Dalam sehari, saya boleh memperoleh kira-kira 18 kilogram tuntul yang bernilai RM200 hingga RM300. Kami menjual tuntul ini di dalam botol mineral besar, harga sebotol RM5 manakala, lima botol berharga RM20.

Jika jualan tidak habis, kami akan buang semula tuntul in ke laut supaya ia tidak rosak,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya