PM pengerusi mesyuarat ECERDC, lawat Menara Kuantan 188 - Utusan Malaysia

PM pengerusi mesyuarat ECERDC, lawat Menara Kuantan 188

ISMAIL SABRI Yaakob (kiri) mempengerusikan mesyuarat ECERDC di di Kompleks Bandaraya Kuantan di Kuantan, Pahang. - FACEBOOK PM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kompleks Bandaraya Kuantan di sini. 

Mesyuarat itu dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Menteri Besar Terengganu dan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Yang turut hadir Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali. 

Perdana Menteri dalam kenyataannya di laman sosial Facebooknya berkata, alhamdulillah dengan kerjasama erat yang diberikan oleh pihak kerajaan-kerajaan negeri dan juga kerajaan Persekutuan, pelaksanaan projek dan program di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) serta berbagai inisiatif promosi pelaburan telah dilaksanakan dengar lancar.

“ECERDC yang telah berjaya mencapai pelaburan komited swasta berjumlah RM13.4 bilion sehingga 31 Disember 2021 melepasi sasaran pelaburan komited yang telah ditetapkan sebanyak RM12 bilion. 

“Difahamkan setakat 31 Disember 2021 ini juga, ECERDC telah mencapai 40 peratus, iaitu RM27.7 bilion daripada sasaran pelaburan komited yang ditetapkan dalam Pelan Induk ECER 2.0 berjumlah RM70 bilion.

“Pencapaian ini menunjukkan bahawa sokongan kerajaan terutamanya dengan pelaksanaan projek-projek infrastruktur strategik dan pelanjutan pakej insentif di ECER terbukti berkesan dalam meningkatkan daya saing Wilayah ECER sebagai destinasi pelaburan pilihan,” katanya dalam kenyataan itu. 

Selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan, Perdana Menteri melakukan lawatan kerja di Menara Kuantan 188 yang dibangunkan ECERDC dengan kerjasama kerajaan negeri Pahang. 

Projek pelancongan ikonik di tengah bandaraya Kuantan itu telah menerima lebih 23,000 orang pelawat sejak ia dibuka secara rasmi pada 15 Disember 2021 dengan purata 500 pelawat sehari.

Perdana Menteri kemudian diberi taklimat berhubung pelancongan terkini dicadangkan ECERDC iaitu pelancongan kenderaan rekreasi (RV) yang mana kenderaan itu turut dipamerkan di pintu masuk menara tersebut. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya