Penolong Setiausaha Eksekutif Pengakap Melaka didakwa pecah amanah - Utusan Malaysia

Penolong Setiausaha Eksekutif Pengakap Melaka didakwa pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas Penolong Setiausaha Eksekutif Majlis Pengangkap Negeri Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 30 pertuduhan membabitkan pecah amanah bernilai RM63,400, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Danial Osman, 32, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan juru bahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Ahamd Danial didakwa telah dengan curangnya menyalahgunakan harta Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka iaitu wang tunai berjumlah keseluruhan RM63,400 demi kepentingan diri sendiri.

Wang tersebut merupakan bayaran sewaan untuk tiga premis milik persatuan itu. Tindakan tersebut dilakukan tertuduh antara 15 Oktober 2015 hingga 30 Januari 2018.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan dia menghidap kencing manis kronik, selain kini tidak bekerja.

Selepas mendengar rayuan kedua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan perlu melaporkan diri sekali pada setiap bulan di pejabat SPRM.

Beliau kemudian turut menetapkan tarikh 14 Februari depan sebagai sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE