Lelong hartanah dijangka meningkat - Utusan Malaysia

Lelong hartanah dijangka meningkat

PEMILIK hartanah di kawasan dilanda banjir bakal berdepan masalah susut nilai ekoran bencana alam itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasaran lelo­ngan hartanah dijangka mening­kat di kawasan-kawasan yang terjejas banjir baru-baru ini berikutan ada pemilik premis yang berhasrat menjual rumah dan ada juga berdepan masalah kewangan untuk terus membayar ansuran pinjaman.

Penasihat lelongan dan pelelong berlesen, Muhd. Firdaus Zahari berkata, bagi mereka yang berdepan masalah kewangan, mereka dinasihatkan berhubung segera dengan bank kerana ada bank yang memberikan moratorium.

“Ini kerana bank tidak tahu status kewangan mereka yang terjejas. Jika langgar perjanjian pinjaman, pihak bank ada kuasa untuk melelong hartanah,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, Persatuan Perun­ding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) menjangkakan nilai hartanah di kawasan-kawasan terjejas banjir dijangka turun sekurang-kurangnya 10 peratus termasuk di kawasan penempatan yang tidak pernah dilanda bencana alam itu.

Susut nilai hartanah itu akan berterusan selama bertahun-tahun selagi tidak ada langkah penyelesaian dalam menyelesaikan masalah banjir.

Menurut Muhd. Firdaus, bencana banjir sudah meru­bah pandangan ramai orang tentang lokasi rumah terutama yang berhampiran dengan sungai.

Pensyarah Kanan Pusat Peng­urusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, selain nilai hartanah merudum, pihak­nya juga menjangkakan angka muflis dalam kalangan mangsa banjir akan meningkat.

“Kita harap Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melaksanakan program khas di kawasan terkesan dan pihak bank dapat melonggarkan syarat atas dasar kemanusiaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini