Kelantan siasat isu Pondok Darul Syahadah

Kelantan siasat isu Pondok Darul Syahadah

AHMAD Yakob menyempurnakan pelepasan Program Pertandingan Sukan Lasak V3.0 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dakwaan pihak tertentu kononnya Pondok Darul Syahadah, Kampung Lubuk Kuin di Bachok terlibat dengan ajaran yang bercanggah dengan Islam sedang disiasat pihak berkuasa agama negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima laporan penuh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) berkaitan kes tersebut.

Dalam masa sama kata beliau, kerajaan negeri turut bersimpati terhadap nasib para pelajar pondok tersebut yang perlu mengosongkan premis sebagaimana permintaan pemilik asal tanah, baru-baru ini.

“Setakat ini kita tidak terima laporan mana-mana pondok di negeri ini terbabit dengan ajaran yang bercanggah dengan Islam. Kita juga masih menunggu laporan penuh oleh Maik berhubung dakwaan yang membabitkan Pondok Darul Syahadah.

“Pada pendapat saya, isu ini mungkin timbul kerana konflik antara pihak pengurusan pondok dengan pemilik tanah,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelepasan Pertandingan Sukan Lasak V3.0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Roslan Wan Hamat serta Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya negeri, Mohd. Aidil Afizie Daud.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Maik dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan sentiasa memantau setiap pondok atau pusat tahfiz yang berdaftar di negeri ini bagi mengelak sebarang kegiatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan seramai 55 pelajar Pondok Darul Syahadah terpaksa berpindah atau menumpang premis lain sebelum Mac depan kerana bangunan dan tapak pondok tersebut perlu dikosongkan atas permintaan pemilik asal.

Difahamkan, pemilik menghantar notis penamatan memorandum persefahaman (Mou) bertarikh 12 Januari lalu kepada pengurusan Darul Syahadah, sekali gus menarik balik kebenaran menggunakan hartanya yang dimeterai pada 27 Julai 2016. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya