KANGAR: Penggunaan secara berleluasa pukat tunda dan peralatan tangkapan lain termasuk sangkar menangkap siput khususnya di perairan negeri ini boleh merosakkan lantai atau dasar laut sekali gus menyebabkan benih ikan yang belum matang musnah. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pensyarah kanan Teknologi Marin Lestari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis, Rosnani Nazri berkata, kawasan dasar tersebut sememangnya mempunyai banyak benih ikan. Menurutnya, pihak bertanggungjawab perlu membuat pemantauan terhadap bot-bot nelayan yang menggunakan…