JOHOR BAHRU – UMNO diingatkan berpegang kembali kepada semangat gencatan politik menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik sekiranya bercadang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor. Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Ali berkata, buat masa ini kerajaan dan rakyat perlu bekerjasama dan menumpukan sepenuh usaha untuk memulihkan ekonomi demi kesejahteraan rakyat. Katanya, beliau turut hairan bagaimana Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menganggap melaksanakan PRN…