Cadangan had laju 30 km/j zon terpilih di KL dikaji - Utusan Malaysia

Cadangan had laju 30 km/j zon terpilih di KL dikaji

WEE Ka Siong (kiri) dan Mah Hang Soon (kanan) bergambar bersama bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik (tengah) pada Majlis Pelancaran Kebangsaan Kutipan Dana MCA bagi Hospital UTAR di Kampus UTAR di Kampar hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Kerajaan akan meneliti cadangan penurunan had laju 30 kilometer sejam di kawasan terpilih di ibu negara seperti yang dikemukakan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, kementerian juga akan membincangkan cadangan menurunkan had laju 50 kilometer sejam di zon lain.

Menurutnya, kementerian akan memanggil semua pihak yang berkaitan bagi mengadakan perbincangan tentang perkara tersebut.

“Cadangan ini juga diusulkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya had laju di negara ini turut diturunkan.

“Begitupun kita lihat di Malaysia punca kemalangan sebenarnya mempunyai pelbagai faktor dan bukan sahaja berdasarkan kepada kelajuan.

“Kelajuan yang dikatakan daripada 50 kilometer sejam kepada 30 kilometer sejam sudah pastinya mendapat reaksi yang pelbagai daripada banyak pihak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kebangsaan Kutipan Dana MCA bagi Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampus UTAR, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Baru-baru ini, Miros dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan kerjasama bagi melaksanakan had laju 30 kilometer sejam di zon terpilih di ibu negara dan 50 kilometer sejam bagi zon lain.

Mei tahun lalu, Miros mencadangkan had laju 30 kilometer sejam bagi kawasan perumahan, bandar dan kampung sebagai sebahagian daripada perancangan keselamatan jalan raya kebangsaan untuk tahun 2021 hingga 2030. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya