Bot nelayan asing ceroboh perairan negara ditahan - Utusan Malaysia

Bot nelayan asing ceroboh perairan negara ditahan

BOT nelayan asing yang ditahan oleh Maritim Malaysia selepas menceroboh perairan negara di kedudukan dua batu nautika barat laut, Tanjung Langgun, Langkawi pada Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Sebuah bot nelayan asing ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana menceroboh perairan negara di sini, Ahad lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, bot tersebut ditahan di kedudukan lebih kurang dua batu nautika barat laut, Tanjung Langgun di sini pada pukul 11.32 malam.

Menurutnya, sebuah aset Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan telah diatur gerak ke lokasi apabila menerima pengesanan bot tersebut dari radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA).

Katanya, bot dalam keadaan mencurigakan tersebut sedang leka menarik pukat ketika ditahan Maritim Malaysia.

“Hasil pemeriksaan, bot nelayan asing berwarna merah tanpa nombor pendaftaran itu dikendalikan tiga kru warga Thailand berusia antara 21 hingga 49 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen kapal mendapati, tekong bot gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran yang sah dan disyaki telah melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Zawawi, bot yang berukuran lebih kurang 15 meter panjang dan 2.7 meter lebar bersama 10 kilogram hasil tangkapan seterusnya dirampas dan diiring ke Jeti Maritim, Bukit Malut untuk siasatan lanjut. 

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya