3 ADUN Perak dipilih dalam pimpinan tertinggi PBM - Utusan Malaysia

3 ADUN Perak dipilih dalam pimpinan tertinggi PBM

TIGA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak turut berada dalam pimpinan tertinggi Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Leong Cheok Keng mengesahkan beliau telah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan dilantik dalam .
dalam barisan kepimpinan tertinggi parti itu,

Cheok Keng yang sebelum ini merupakan ADUN DAP memberitahu, dua lagi iaitu ADUN Buntong, A Sivasubramaniam dan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong juga berada dalam kepemimpinan PBM.

“Saya dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi, Choo Kiong dipilih sebagai Bendahari manakala Sivasubramaniam dipilih sebagai Naib Presiden pada Mesyuarat Khas Persidangan Agung Sabtru lalu ,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Cheok Keng juga menafikan beliau menyertai PBM daripada MCA.

“Saya adalah ADUN Bebas, saya tidak pernah menyertai MCA. Ada pelawaan daripada MCA tetap saya tidak menyertainya, saya hanya berkawan dengan MCA.

“Oleh itu penyertaan saya dalam PBM bukanlah melompat parti kerana saya ADUN Bebas,” katanya.

Menurutnya, keputusan beliau menyertai PBM kerana parti tersebut berbilang kaum dari kepimpinan tertinggi hinggalah kepada ahli-ahli akar umbi.

Mengenai kedudukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Cheok Keng berkata, ketiga-tiga mereka menyokong kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

“Saya sedang mendraf surat untuk memaklumkan kepada Speaker DUN Perak dahulu saya ADUN Bebas tetapi sekarang saya telah menyertai PBM,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×