Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia dilanjutkan hingga 4 Februari - Utusan Malaysia

Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia dilanjutkan hingga 4 Februari

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) terhadap 12 jenis barangan  yang bakal berakhir 31 Disember ini dilanjutkan sehingga 4 Februari depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata,  keputusan ini dibuat  berdasarkan maklum balas yang diterima dan sebagai langkah berterusan untuk menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan.

“Jumlah barangan harga terkawal bagi pelaksanaan Skim ini adalah sama iaitu melibatkan 12 jenis barangan makanan keperluan asas dari kategori ayam, telur ayam dan sayur-sayuran,” ujarnya menerusi kenyataan, hari ini.

Alexander berkata, 12 item itu adalah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya) dan ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal).

Selain itu ialah telur ayam gred A (berat antara 65 gram hingga 69.9 gram sebiji), telur ayam gred B (berat antara 60 gram hingga 64.9 gram sebiji) dan telur ayam gred C (berat antara 55 gram hingga 59.9 gram sebiji).

Barangan lain melibatkan sayur-sayuran ialah kacang panjang, cili merah, tomato, sawi hijau, kobis bulat Import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing) dan timun.

Tambahnya lagi, terdapat empat jenis barangan yang terlibat dengan pelarasan harga dalam SHMKM yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari hingga 4 Februari 2022 iaitu ayam, telur ayam, sawi dan kacang panjang untuk lokasi-lokasi terpilih. 

“Anggota Penguatkuasa dan Pegawai Pemantau Harga akan melakukan pemantauan setiap hari di seluruh negara melibatkan pemeriksaan di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya serta peniaga-peniaga di peringkat rantaian borong,” ujarnya.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh penguatkuasaan skim ini juga, kementerian bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sentiasa bekerjasama dengan melakukan pemeriksaan untuk memastikan bekalan barangan adalah mencukupi selain menjamin kestabilan harga barang di pasaran. 

“KPDNHEP mengingatkan kepada semua peniaga agar terus mematuhi harga maksimum yang telah ditetapkan di bawah Skim ini selain perundangan lain yang dikuatkuasakan oleh pihak Kementerian. 

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” tegasnya.

Tambah Alexander, bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum hukuman denda boleh dikenakan ke atas individu oleh mahkamah sehingga RM100,00 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau Kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 dan denda sehingga RM500,00 atau dikompaun sehingga RM250,000 bagi syarikat.

“Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau Kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM5,000 dan bagi syarikat pula boleh didenda sehingga RM20,00 atau dikompaun sehingga RM10,000,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya