Ramai anggota bomba terjejas akibat banjir - Utusan Malaysia

Ramai anggota bomba terjejas akibat banjir

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Malaysia mengeluarkan mangsa-mangsa banjir kilat di Taman Sri Muda, Shah Alam Selangor. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Ramai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut tidak terlepas menjadi mangsa banjir termasuk kehilangan tempat tinggal, namun, mereka tetap memikul tanggungjawab untuk menyelamatkan orang lain.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kejadian sebegitu tidak diketahui umum kerana anggota bomba tidak menularkannya dalam media sosial.

Kata beliau, keutamaan mereka adalah menyelamatkan orang lain walaupun ada anggota bomba tidak tahu di pusat pemindahan sementara mana keluarga mereka dipindahkan.

“Kita bersedia menerima kritikan, namun, orang ramai tidak seharusnya membuat dakwaan tidak berasas.

“Kita menerima kritikan kerana kita mungkin tidak sempurna, tetapi, kita cuba yang terbaik,”katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Bencana di Taman Sri Muda, Shah Alam di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.