Prestasi suku keempat UMW dijangka kukuh - Utusan Malaysia

Prestasi suku keempat UMW dijangka kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi suku keempat tahun kewangan 2021 UMW Holdings Berhad dijangka kukuh disokong jumlah keseluruhan industri (TIV) Toyota dan Perodua yang lebih baik hasil operasi penuh sepanjang suku tersebut.

MIDF Research dalam nota kajiannya berkata, pendapatan suku keempat UMW mampu berada setara atau lebih baik berbanding prestasi terbaik yang dicatatkan pada suku keempat tahun kewangan 2020, iaitu sebanyak RM147 juta.

Katanya, TIV Toyota pada Oktober sahaja telah mencapai 71 peratus daripada keseluruhan TIV suku ketiga 2021 iaitu sebanyak 8,417 unit manakala Perodua mencatatkan TIV 128 peratus daripada keseluruhan TIV suku ketiga pada 27,858 unit.

“Mencerminkan momentum jualan yang kukuh, UMW Toyota (UMWT) menjangkakan TIV tahun kewangan 2021 melepasi paras 70,000 (peningkatan 18 peratus tahun ke tahun) berbanding sasaran asalnya sebanyak 62,000 unit.

“Tempahan belum jelas kumpulan keseluruhan adalah sebanyak kira-kira 100,000 unit dengan tempahan tertunggak spesifik UMWT adalah kira-kira 23,000 unit, selebihnya adalah untuk Perodua, mencerminkan senarai menunggu masing-masing untuk tiga hingga empat bulan dan enam bulan.

“Untuk tahun kewangan 2022, UMWT menyasarkan untuk mengekalkan momentum ini dengan sasaran jumlah 73,000 unit,” katanya.

Selain itu, menurut MIDF Research, UMWT juga akan melancarkan model kenderaan elektrik bateri (BEV) pemasangan luar negara (CBU) pada pertengahan tahun hadapan.

Ia adalah sebahagian daripada sasaran Toyota Motor Corporation (TMC) untuk mengedarkan 15 model BEV baharu menjelang 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya