Pesakit Covid-19 kategori tiga ke atas konsisten catat bawah 100 kes - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 kategori tiga ke atas konsisten catat bawah 100 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pesakit Covid-19 kategori tiga, empat dan lima menunjukkan jumlah minimum yang konsisten apabila mencatatkan kes di bawah 100 sejak Jumaat lalu. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seperti hari ini, daripada 5,020 kes positif yang dilaporkan, sebanyak 87 kes (1.7 peratus) adalah kategori tiga ke atas manakala 4,933 kes (98.3 peratus) lagi adalah kategori satu dan dua.

“Mengikut rekod, semalam mencatatkan 96 kes; 78 kes (Isnin), 75 kes (Ahad), 79 kes (Sabtu) dan 78 kes (Jumaat). 

“Bagi kes sembuh hari ini, sebanyak 4,525 kes direkodkan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 2,581,395 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, sebanyak 428 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 237 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Sebanyak 13 kluster baharu dikesan sekali gus menunjukkan peningkatan jumlah kluster baharu berbanding semalam hanya, sembilan kluster. 

“Malaysia kini merekodkan jumlah keseluruhan kluster sebanyak 6,005 kluster; manakala jumlah kluster yang telah tamat ialah 5,760 kluster dan jumlah kluster aktif pula, 245 kluster,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 66 kes berbanding kelmarin, 38 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,718 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak sembilan daripada 66 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,216 kes. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya